Thursday, November 8, 2012

SAMURA 30 Tahun


Alhamdulillah, insyaAllah pada tahun 2013 kelak, SAMURA akan berusia 30 tahun. Usia yang sekiranya dilihat pada manusia, seharusnya sudah mempunyai pekerjaan yang stabil dan juga sudah dalam pembangunan keluarga pula.

Bersempena dengan sambutan 30 tahun SAMURA, pihak Alumni sedang mengusahakan kompilasi gambar untuk dijadikan sebuah video. Projek ini diharap akan dapat memaparkan gambar-gambar warga SAMURA tanpa mengira “batch” dan semoga kejayaan anak didik SAMURA di luar sana dapat dijadikan sumber inspirasi kepada adik-adik yang masih menuntut di SAMURA.

SAMURA 30 TAHUN
InsyaAllah ingin direalisasikan sebuah video yang memaparkan koleksi gambar bekas pelajar-pelajar SAMURA sebagai tanda kasih dan sokongan kepada SAMURA.
berminat? sila baca panduan berikut.
1. ambil gambar LATAR BELAKANG tempat belajar / aktiviti belajar ATAU gambar tempat kerja / aktiviti kerja.
2. SAIZ gambar MELEBIHI 1MB
3. EDIT pada gambar maklumat berikut
i. nama penuh & tahun spm
ii. jurusan & tempat belajar ATAU pekerjaan / tempat kerja
iii. ucapan tentang ANDA & SAMURA & kehidupan (TIDAK LEBIH 30 patah perkataan)
4. hantar ke emel alumnisamura@gmail.com (batch spm 1980an - 1990an) ATAU jrsamura@yahoo.com (batch 2000an) SEBELUM 3 Jan 2013, 12 tengah malam.


“Others Succeed, Together We Excel” ..... “Dipimpin Untuk Memimpin”

Motto SAMURA yang sangat dekat di hati, dan insyaAllah akan direalisasikan dalam kehidupan juga. Bunyinya mudah, namun penghayatan terhadapnya membuatkan SAMURA lebih istimewa.

Tak kenal maka tak cinta... Jesteru, dikongsikan sebuah video SAMURA Around The Globe yang dibuat khusus untuk Program Menuju Menara Gading & Program Kerjaya tahun 2012. 

Objektifnya mudah, warga SAMURA telah bertebaran di seluruh pelusuk negara.... dan semoga adik-adik akan turut mengorak langkah untuk berjaya.

“Others Succeed, Together We Excel”

Melihat video ini, biarpun tak kenal setiap individu di dalamnya, ada rasa ukhuwah yang mendekatkan hati dengan mereka. Mendengar lagu latar, membangkitkan rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Biar berkali-kali melihatnya, tidak pernah ada rasa jemu. Setiap kali melihatnya, setiap kali itu jugalah akan meremang bulu roma.... rasa bersemangat dan turut mendapat inspirasi dari mereka, ada rasa terharu dan bangga juga, inilah saudaraku di SAMURA!

Alhamdulillah….. ramai anak didik SAMURA telah berjaya. Semoga semua akan terus berjaya dalam kehidupan masing-masing. InsyaAllah…. Pergilah bertebaran di seluruh pelusuk bumi Allah, namun usah lupa dari mana kita bermula.

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang, Inikan pula bumi SAMURA tersayang.

Thursday, August 2, 2012

SAMURA dekat di hati

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini terpanggil untuk membuka sebuah blog, setelah melihat begitu banyak rupanya blog yang dimiliki oleh warga SAMURA.

Hati ini terharu apabila melihat begitu banyak perkembangan positif dalam kehidupan mereka yang bergelar bekas pelajar SAMURA.

Alhamdulillah.. syukur padaNya.